Rahsia Bibir Wanita

0

Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi
menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga
kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka
berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam
pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya
dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang
ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja
dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya
mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga
mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan
bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan.
Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan.
Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap
tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan
dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah
seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya
banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh
disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya
sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk
rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi
kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan
memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini
bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan
lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka
didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung
kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu
bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil
kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika
pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik
dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter
jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan
kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi
jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan
dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana
yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan
dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika
diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci
rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang
dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang
yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak
wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros.
Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai
suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika
tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam
soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai
prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan
yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang
diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan
berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang
dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya
dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya
yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.


0 comments:

Satu Klik Dari Anda Terhadap Iklan Diatas ↑ Amat Bermakna Bagi Saya